Dentuman sonik
Dentuman sonik

Dentuman sonik

Sebuah dentuman sonik, dentuman bunyi atau debum bunyi (Bahasa Inggeris: sonic boom)[1] merupakan bunyi yang berkaitan dengan gelombang kejutan yang terhasil oleh sebuah objek yang bergerak melalui udara lebih cepat dari kelajuan bunyi. Dentuman sebegini menghasilkan sejumlah besar tenaga bunyi yang kedengaran seperti sebuah letupan apabila didengari telinga manusia. "Retak" supersonik peluru yang bergerak dengan pantas selepas dilepaskan senapang atau cemeti yang dilibas adalah antara contoh dentuman sonik yang boleh dilihat dalam skala yang kecil.[2]